Wednesday, November 4, 2009

Sekolah Saya


Sekolah yang saya tunjukkan sekarang adalah SJK (C) Machap Umboo. Saya dapat naik pangkat ke GPK Kokurikulum dan berkhidmat di sekolah sekarang. Sekolah ini mempunyai 17 orang guru, 6 orang staf, dan 205 orang murid dari Pra-sekolah ke Tahun 6.
Guru Besar saya seorang wanita yang berkaliber. Beliau merupakan seorang Guru Besar Cemerlang DGA 38. Beliau juga beraktif dalam masyarakat dan pernah dianugerah pingat PJK dan BKT oleh TYT Melaka atas usaha beliau.
Guru-guru dan staf sekolah ini dapat menjalankan tugas dan kewajipan mereka dengan bersungguh-sungguh. Ada guru yang berkhidmat di sekolah ini lebih 20 tahun dan mereka tidak mahu berpindah walaupun sekolah ini agak jauh dari rumah mereka. Memandangkan kesanggupan guru-guru ini, keputusan UPSR sekolah yang terletak di luar bandar ini dapat mencapai 85% ke atas.

Kampung Saya


Kampung Machap Baru merupakan kampung baru yang terbesar di Melaka. Bilangan penduduknya lebih kurang 4000 orang. 95% penduduknya terdiri daripada orang Cina. 4% penduduknya orang Melayu dan 1% pendudunya terdiri daripada orang India dan lain-lain bangsa.
Kampung ini terletak di Daerah Alor Gajah. Di kampung ini terdapat sebuah masjid yang dibina oleh penduduk Cina. Ini adalah kerana pada Zaman Penjajahan Jepun di Malaysia, Datuk Machap telah menyelamatkan ramai penduduk kampung daripada dibunuh askar Jepun.
Kampung Machap Baru terletak di kawasan empangan air Machap. Ianya sebuah kampung yang aman dan damai. Penduduk di sini sangat mesra dan harmoni. Penduduk yang berbilang kaum ini sentiasa hormat-menghormati dan saling bekerjasama.